About Me

My photo
Sarikei, Sarawak, Malaysia
mydynamicpoint adalah satu blog tempat para pelayar internet berkongsi pengetahuan, buah fikiran, pendapat serta berkongsi pengalaman diri yang boleh menjadi motivasi kepada pelawat lain dalam memajukan diri.

BISNESS (NAMA RETI E-BOOK)


Apa itu E-Book?

 Kalau boleh tahu, apa itu e-book dan apa tujuannya. Kedua, bagaimana dengan adanya blog, boleh mendatangkan pendapatan sampingan? Ketiga, pendapat anda untuk membeli sesuatu e-book?

-ingin tahu-

Secara hakikat dan jujurnya, penulis bukanlah seorang yang mahir, apatah lagi seorang blogger yang berjaya. Setiap orang mengenali dunia internet mempunyai pendekatan berbeza. Mungkin ada yang belajar daripada rakan-rakan, buku rujukan dan media terutamanya. Jika ditanya apakah e-book kepada penulis. Jawapannya mudah sahaja, ia adalah buku digital, bukan produk fizikal.
 Secara hakikat dan jujurnya, penulis bukanlah seorang yang mahir, apatah lagi seorang blogger yang berjaya. Setiap orang mengenali dunia internet mempunyai pendekatan berbeza. Mungkin ada yang belajar daripada rakan-rakan, buku rujukan dan media terutamanya. Jika ditanya apakah e-book kepada penulis. Jawapannya mudah sahaja, ia adalah buku digital, bukan produk fizikal.
Apabila penulis menyebut bukan produk fizikal, makanya ia hanyalah sekadar buku yang dimuatkan dalam perisian komputer. Kebiasaannya ia dihasilkan dalam bentuk Portable Document Format (PDF) menggunakan perisian Adobe Reader.

KLIK DI SINI

Tapi, apa tujuan ia dihasilkan?

Kalau kita membeli sebuah buku, adakah kita akan membiarkannya? Sudah semestinya tidak bukan. Ia adalah semata-mata buku, tetapi pengisiannya bergantung kepada si penulis tersebut. Itulah tujuan ia dihasilkan. Untuk berkongsi ilmu dengan cara pelbagai medium. Ada orang menghasilkan tetapi diedarkan secara muat turun percuma. Tetapi kebiasaannya e-book dihasilkan adalah bertujuan untuk dijual kepada orang ramai.
Mesti kita tertanya-tanya, mengapa usahawan internet, blogger atau sebagainya lebih gemar menghasilkan e-book secara online di internet? Penulis akan huraikan satu persatu.
1) Ia tiada simpanan stok yang terhad kerana ia adalah produk digital.
2) Tidak perlu risau tentang kerosakan produk kerana ia adalah berbentuk digital.
3) Kos penghantaran adalah percuma.
4) Tiada kos penambahan menghasilkan produk kerana ia hanya menggunakan perisian di dalam komputer.
Adakah blog boleh menghasilkan duit?

Benar, blog sebenarnya boleh menghasilkan duit. Kebiasaanya usahawan internet dan blogger lebih gemar menggunakan blog sebagai platform mencari duit. Mereka menggunakan pelbagai medium antaranya menyediakan perkhidmatan menyewa tapak iklan, menjadi agen pengiklanan gergasi. Kebiasaannya blogger mengunakan perkhidmatan perngiklanan dari syarikat google, adverlets, nuffnang dan lain-lain lagi.
Selain itu juga, apabila trafik pelawat blog kita meningkat naik, secara tidak langsung ia memberikan satu peluang perniagaan yang besar seperti mempromosikan sesuatu produk sama ada produk sendiri ataupun orang lain. Ia dipanggil sistem affiliate.(Akan dibincangkan nanti)
Bagaimana untuk membeli e-book?
Secara jujurnya, penulis lebih gemar membeli produk secara online tidak kira sama ada produk digital ataupun fizikal. Hal ini berikutan ia amat mudah dan menjimatkan masa. Kebiasaannya penulis menggunakan perkhidmatan online untuk membeli buku, ubat-ubatan, membayar bil dan sebagainya.
Dan setakat ini, penulis sudah membeli beberapa e-book di pasaran internet. Antaranya teknik membuat blog dot com. Kebiasaanya penulis membeli ebook dengan melihat beberapa perkara antaranya :
 1)Melihat testimoni pengguna.
2)Mengenalpasti perkhidmatan yang disediakan.
3) Melihat indentiti penulis ebook sama ada ia aktif secara langsung di forum-forum internet ataupun tidak.
Secara keseluruhannya, apa yang disampaikan oleh penulis adalah pendapat peribadi dan bukannya nasihat professional. Semoga jawapan ini sedikit sebanyak membantu saudara “ingin tahu”.

KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.